Friday, 18 May 2012

ikhlas kerrr

hehe.. kalau semalam sy cakap pasal cemburu, hari ni sy nak cakap pasal ikhlas pulak.. yelah, apa yang kita buat mestilah kena ikhlas.. yang utama adalah ikhlas kerana Allah..

kadangkala kita akan diamkan diri bila ada perkara yang kita tak suka, tak setuju ataupun yang menyinggung hati.. mengapa kita diam? adakah kerana tidak mahu menyinggung hati sesiapa? ataupun sekadar tidak mahu perkara itu berlarutan? ataupun kita mahu bertolak ansur? apapun jua sebabnya adakah kita ikhlas?

sy pernah terbaca.. bukan ikhlas namanya bila kita pada suatu ketika mempertikaikan semula apa yang kita lakukan, pengorbanan yang kita lakukan.. tetapi bagaimana jika kita bukan mempertikaikan, tetapi hanya menyatakan apa yang seseorang itu mungkin terlepas pandang tentang apa yang kita lakukan.. kerana kadangkala kita terleka dengan ruang dan peluang yang diberikan oleh seseorang itu..

mungkin apa yang boleh kita lakukan adalah menyatakan.. hanya sekadar memberitahu.. tanpa mengharapkan seseorang itu bersetuju dengan apa yang kita nyatakan.. ataupun mengharapkan seseorang itu menerima dan berterima kasih atas apa yang kita lakukan.. cukuplah sekadar mereka sedar akan apa yang telah kita lakukan agar mereka akan lebih memahami, peka dan menghargai sesuatu kebaikan yang orang lain akan lakukan kepada mereka..

jadi terpulang pada cara kita.. apa yang akan berlaku tak pernah kita tahu.. apa yang kita tahu adalah apa yang sedang kita lakukan.. tak kiralah apa jua yang mungkin akan berlaku, yang penting sewaktu kita melakukan kebaikan dan pengorbanan, tetapkan hati kita agar melakukannya dengan ikhlas.. niat kerana Allah SWT.. insyaallah..

Thursday, 17 May 2012

cemburu kerrr

cemburu kah saya? hehe jangan salah faham.. bukan cemburu kat en suami yer..

of course lah sebagai manusia biasa, saya ada rasa cemburu.. tapi sebagai manusia biasa juga kita boleh kawal segala perasaan kita kan.... hihi.. memang kadang-kala saya rasa cemburu.. yelah, sometimes saya rasa saya telah lakukan yang terbaik boleh saya lakukan yang mana ianya sehabis baiklah..

TAPI........
tapi saya bersyukur pada ALLAH.. walaupun saya cemburu, saya dapat menukarkan rasa cemburu itu kepada satu keazaman dan kekuatan.. yelah, kalau saya cemburu tapi saya sendiri tidak berusaha, apa yang boleh saya dapat.. silap-silap boleh terpesong fikiran.. itu yang berlakunya kisah-kisah hasad dengki sesama kita kan.. sampai sanggup menggunakan sihir.. ishhh nauzubillah.. syukur saya dapat berfikir secara rasional.. pada saya, kalau saya cemburu, dan dengki, dan ditakdirkan hidup orang itu jatuh, apa yang saya dapat? saya sendiri yang rugi sebab kejatuhan orang lain bukan boleh membuatkan hidup saya naik pun.. so buat penat jek kan memerah fikiran memikirkan kejatuhan orang lain kan.. baiklah saya memerah fikiran saya ni utk melakukan yang terbaik dalam hidup saya..

lagipun, segalanya atas izin ALLAH.. apalah yang kita tahu tentang rahsiaNya kan.. berusaha dan bertawakal.. insyaallah.. jika ada balasan atas dosa yang kita lakukan, begitu juga dengan kebaikan.. pasti ada balasannya.. jika tidak didunia, pastinya diakhirat kelak.. insyaallah..

happy teachers day..

esok ada sambutan kat sekolah zahin.. 'bawak apa-apa je' jawab zahin bile en ayah tanya.. hehe.. yelah tu zahin.. setelah membelek-belek bahan apa yang ada, ibu ngan ayah pun mulakanlah operasi 'hadiah hari guru'.. akhirnya setelah bergabung idea bersama, terhasillah hadiah tersebut.. hehehe.. simple jek.. tapi nak buatnya mcm nak kene buat banyak jek kan..





Wednesday, 16 May 2012

happy birthday zahin...

happy birthday anak ibu, Zahin Muhaimin..
sayang anak ibu sepenuh hati.. harta ibu hingga ke hujung nyawa ibu.. semoga anak ibu akan menjadi hamba Allah yang soleh dan beriman, menjadi anak yang soleh dan menjadi manusia yang sentiasa berjaya dan bahagia..

sambut birthday kat ioi mall malam 13 mei tu.. coz si ayah ada kerja siangnya.. memula tak cakap nak gi mana, then bila dah sampai ke ioi, punyalah banyak permintaan dari si kecik nie.. nak itulah nak inilah.. yang tak tahannya nak beli kek yang besarrrrrrr.. bukan main lagik kan.. tak padan ngan kecik nyer..

just bawak anak2 gi main bowling jek.. yelah, pegi pun malam kan.. lepas tu gi makan.. belikan lah dia kek kecik yg ada ice cream atas kek tu.. memula tak puas hati gak dia.. yelah, hasrat dihati dia nak sangat kek besarrrrrrr.. en ayah pun pujuklah kan.. masa birthday abg-abg, mana ada gi jalan.. masa birthday adik gi jalan, main bowling, so kek kecik jek lah.. hehe, akhirnya puas gak hati dia.. tapi punyalah kedekut, langsung tak dibaginya abg-abg.. bile dia dah kenyang, baru lah dia offer kat orang..

hehe, bukan tak nak beli kek besar.. cuma selalunya tak habis pun.. coz sambut anak beranak jek.. lagipun masa tu kitaorg makan dulu.. so memasing sure lah kenyang kan..






















Saturday, 12 May 2012

Special Hihglight - Amani & Azrul

Dari cinematography Pujangga Studio bersama Iris AWANA oleh Ismadi Arsad.
Lokasi : Segamat JOHOR.
Cinematographer bersama Fizz Hj Mohd Noor & Mohd Idram B Mohammad







Special Highlight    Majlis Perkahwinan Amani & Azrul


cinematographer : PujanggaStudio wedding planner : iris.awana



Friday, 11 May 2012

its present time!!!


yeahhhh.. nak beli nie untuk hadiah kepada diri sendiri.....
insyaallah, akan cuba sedaya upaya utk mencapai target..
dan kalau ini berjaya, tak mustahil kan kalau saya dapat mencapai target kehidupan saya..

amboiii lamanyaaaa.....

salam..

mak aihh.. lamanya nak mulakan blog baru nie ekk..
bukannya apa.. terlalu sibuk sangat-sangat..
dan terlalu banyak ceritanya..

sebenarnya banyak gak info dan maklumat dan cerita yang dah didrafkan..
cuma sangat-sangat tak berkesempatan nak stori mori kat blog nie..
terlalu sibuk dengan kisah kehidupan..
terlalu sibuk dalam pembelajaran ttg diri dan kehidupan..

hopefully semakin berserilah rumah saya nie..
insyaallah..