Friday, 8 June 2012

berjaya jugak ♥♥♥

alhamdulillah berjaya jugak mendapatkan apa yg diidamkan..dan dlm tempoh yg ditargetkan..
syukur padamu Ya Allah..
tapi masih tak berkesempatan utk meng'explore'..masih terkial-kial lagik..asyik salah touch jek..hehe..
nak kene blajar betul-betul nih, hihi..yelah, takkan beli sbb suka-suka je kan..mestilah kene manfaatkan..kalau tak rugi jek kan..
insyaallah..

Friday, 1 June 2012

my anniversary..

pada 28 Mei 2012 genaplah 11 tahun usia perkahwinan saya dan suami.. waahh dah 11 yea.. sedar tak sedar dah melepasi 2 angka dah usia perkahwinan kami.. jadi seharusnyalah saya bersyukur pada ALLAH kerana kami masih berada didalam ikatan perkahwinan kami ini.. berbagai dugaan dan cabaran yang kami hadapi.. bermacam kisah yang kami lalui.. dari sekecil dugaan hingga sebesar dugaan.. semuanya memberi pengajaran kepada kami.. menguji kekuatan dan ketabahan kami.. pada saya ia menguji tahap kekuatan diri saya.. tahap kekuatan saya menghadapi masalah dan tahap kekuatan saya mengambil keputusan bagi masalah itu.. ianya menambah keyakinan dalam diri saya.. membuatkan saya semakin menyayangi diri saya.. membuatkan saya semakin memahami diri saya.. membuatkan saya tahu dimana tahap kemampuan saya..

dan kini apa yang saya harapkan adalah perkahwinan kami akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat saya.. dan saya akan melalui sebuah ikatan perkahwinan yang amat bahagia dan gembira sepanjang masa.. semoga selepas ini adalah masa untuk kami melalui kehidupan yang tenang.. insyaallah..

buat en suami, insyaallah isterimu ini akan menjadi isteri  yang terbaik.. insyaallah, 'sayang' akan sentiasa mencuba untuk menjadi isteri yang terbaik.. agar dapat menjadi bidadari syurgamu.. insyaallah..

semoga ikatan kita akan kekal selamanya hingga ke akhir hayat beserta rasa sayang dan cinta yang sejati

comel jek kek kami kan.. hehe..

kerana kesuntukan masa dengan jadual kerja yang padat, kami sambut secara simple jek.. just pegi makan kat nandos then order just 1 slice choc cake.. pegi tengok wayang then balik.. itu jek.. tak sempat nak gi memana pun..

debar menunggu..

berdebar menunggu nie.. dapat ke tak ekk apa yang diidamkan tue.. tercapai ke tak yea apa yg ditargetkan.. hehe.. kerja semua dah settle, tinggal nak cash ouut kan jek.. tapi tak tahu lagi berapa $$$.. so berdebarlah kan.. then beberapa hari sebelum tu ada plak berita baik yg mememudahkan lagi utk sy mendapatkan apa yang saya idamkan.. tapi yelah, selagi tak dapat selagi tu sy takleh nak hurray hurray kan.. manalah tau, bukan rezeki saya sebenarnyakan.. so bile dah ada dalam tangan, barulah sy akan menghurraykan diri saya.. so berdebarlah saya menunggu sementara itu..

Saturday, 19 May 2012

cabaran...

alhamdulillah.. proses editing menjadi semakin mudah.. syukur pada boss yang telah menyediakan pc mac utk memudahkan sy membuat editing dengan lebih banyak..

yeaahhh.. nampaknya semakin dekatlah sy dengan 'idaman' sy.. cuma saya perlu meneruskan cabaran dalam emosi (hehe) dan masa untuk menyiapkan editing video.. yelah, bekerja di rumah ni mmg menguji emosi tau.. kene cekal dan keras hati.. hehe.. man taknye, nampak sampah mulalah nak sapu rumah.. nampak nampak baju anak-anak berterabur, rasa nak kemas kain baju.. bile ke dapur nak buat air, nampak plak pinggan mangkuk dalam sinki.. belm kire nampak katil lagi tu.. hehehe..

but, for now saya telah tetapkan matlamat utk saya gunakan duit kerja saya tu.. supaya saya sentiasa fokus.. agar cukup target jumlah video yang diedit.. so far berhasil cara tue.. nampak katil pun terbayang 'idaman' hati saya.. hahaha.. barulah saya sentiasa melekat di kerusi kerjakan..

insyaallah segalanya berjalan dengan lancar.. amin.....

Friday, 18 May 2012

ikhlas kerrr

hehe.. kalau semalam sy cakap pasal cemburu, hari ni sy nak cakap pasal ikhlas pulak.. yelah, apa yang kita buat mestilah kena ikhlas.. yang utama adalah ikhlas kerana Allah..

kadangkala kita akan diamkan diri bila ada perkara yang kita tak suka, tak setuju ataupun yang menyinggung hati.. mengapa kita diam? adakah kerana tidak mahu menyinggung hati sesiapa? ataupun sekadar tidak mahu perkara itu berlarutan? ataupun kita mahu bertolak ansur? apapun jua sebabnya adakah kita ikhlas?

sy pernah terbaca.. bukan ikhlas namanya bila kita pada suatu ketika mempertikaikan semula apa yang kita lakukan, pengorbanan yang kita lakukan.. tetapi bagaimana jika kita bukan mempertikaikan, tetapi hanya menyatakan apa yang seseorang itu mungkin terlepas pandang tentang apa yang kita lakukan.. kerana kadangkala kita terleka dengan ruang dan peluang yang diberikan oleh seseorang itu..

mungkin apa yang boleh kita lakukan adalah menyatakan.. hanya sekadar memberitahu.. tanpa mengharapkan seseorang itu bersetuju dengan apa yang kita nyatakan.. ataupun mengharapkan seseorang itu menerima dan berterima kasih atas apa yang kita lakukan.. cukuplah sekadar mereka sedar akan apa yang telah kita lakukan agar mereka akan lebih memahami, peka dan menghargai sesuatu kebaikan yang orang lain akan lakukan kepada mereka..

jadi terpulang pada cara kita.. apa yang akan berlaku tak pernah kita tahu.. apa yang kita tahu adalah apa yang sedang kita lakukan.. tak kiralah apa jua yang mungkin akan berlaku, yang penting sewaktu kita melakukan kebaikan dan pengorbanan, tetapkan hati kita agar melakukannya dengan ikhlas.. niat kerana Allah SWT.. insyaallah..

Thursday, 17 May 2012

cemburu kerrr

cemburu kah saya? hehe jangan salah faham.. bukan cemburu kat en suami yer..

of course lah sebagai manusia biasa, saya ada rasa cemburu.. tapi sebagai manusia biasa juga kita boleh kawal segala perasaan kita kan.... hihi.. memang kadang-kala saya rasa cemburu.. yelah, sometimes saya rasa saya telah lakukan yang terbaik boleh saya lakukan yang mana ianya sehabis baiklah..

TAPI........
tapi saya bersyukur pada ALLAH.. walaupun saya cemburu, saya dapat menukarkan rasa cemburu itu kepada satu keazaman dan kekuatan.. yelah, kalau saya cemburu tapi saya sendiri tidak berusaha, apa yang boleh saya dapat.. silap-silap boleh terpesong fikiran.. itu yang berlakunya kisah-kisah hasad dengki sesama kita kan.. sampai sanggup menggunakan sihir.. ishhh nauzubillah.. syukur saya dapat berfikir secara rasional.. pada saya, kalau saya cemburu, dan dengki, dan ditakdirkan hidup orang itu jatuh, apa yang saya dapat? saya sendiri yang rugi sebab kejatuhan orang lain bukan boleh membuatkan hidup saya naik pun.. so buat penat jek kan memerah fikiran memikirkan kejatuhan orang lain kan.. baiklah saya memerah fikiran saya ni utk melakukan yang terbaik dalam hidup saya..

lagipun, segalanya atas izin ALLAH.. apalah yang kita tahu tentang rahsiaNya kan.. berusaha dan bertawakal.. insyaallah.. jika ada balasan atas dosa yang kita lakukan, begitu juga dengan kebaikan.. pasti ada balasannya.. jika tidak didunia, pastinya diakhirat kelak.. insyaallah..

happy teachers day..

esok ada sambutan kat sekolah zahin.. 'bawak apa-apa je' jawab zahin bile en ayah tanya.. hehe.. yelah tu zahin.. setelah membelek-belek bahan apa yang ada, ibu ngan ayah pun mulakanlah operasi 'hadiah hari guru'.. akhirnya setelah bergabung idea bersama, terhasillah hadiah tersebut.. hehehe.. simple jek.. tapi nak buatnya mcm nak kene buat banyak jek kan..